Saturday, September 3, 2016

DIY : Pemanggang BBQ Guna Tin


DIY : Pemanggang BBQ Guna Tin | Ada masanya kita rasa nak memanggang tapi tak ada peralatannya bukan . Sebenarnya kita boleh buat DIY pemanggang BBQ mudah dengan hanya menggunakan bahan terbuang / kitar semula yang ada di sekeliling kita . Kaedah ini boleh anda gunakan sekiranya anda berkhemah bersama kawan - kawan dan keluarga di kawasan air terjun contohnya .


DIY : Pemanggang BBQ Guna Tin


Pemanggang BBQ Guna Tin


DIY pemanggang BBQ mudah boleh anda hasilkan dengan menggunakan tin makanan yang kosong . Kalau boleh , dapatkan tin bersaiz besar . Anda hanya perlu belah separuh bahagian tepi tin kepada beberapa bahagian . Selepas itu anda perlu tekan keluar sedikit seperti gambar di bawah . Tutupkan tin tadi dengan kertas aluminium . Sekarang , bolehlah anda mulakan proses memanggang ya . 


DIY : Pemanggang BBQ Guna Tin


Bila anda sudah selesai menggunakannya , anda boleh sahaja membuangnya . DIY pemanggang BBQ mudah ibarat barangan pakai buang . Tak perlu anda beratkan beg anda untuk membawanya pulang . Mudah sahaja bukan !  Bolehlah cuti sekolah nanti anda ber BBQ dengan anak - anak anda di rumah .


Load disqus comments

0 comments