DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah | Kuih Kelupis merupakan kuih tradisi negeri Sarawak . Bahan utama untuk menghasilkan Kuih Kelupis adalah beras pulut . Ia seakan lepat pulut di semenanjung cuma bezanya lepat menggunakan beras pulut yang dicampur kelapa parut .
Alhamdulillah . Ramai yang dah share resepi Kelupis sarawak ni. Sebab sebelum ni pernah share kat macam macam group masakan. Semoga bermanfaat dan panjang panjangkanlah ilmu ni kpd sesiapapun. Nak juga simpan dlm album untuk rujukan diri sendiri. Rakan taulan yg belum share. Dipersilakan. Selamat mencuba.
DIY Cara Mudah Buat Kuih Kelupis Sarawak
Bahan utama untuk membuat kuih kelupis sarawak adalah
- beras pulut
- santan pekat
- sedikit garam
- daun palas
1- Rendam beras pulut selama 1 - 2 jam
2- Masak pati santan bersama sedikit garam .
Masak sehingga mendidih .
3- Toskan beras pulut , masukkan ke dalam santan .
4- Sukatan santan mestilah sekata dengan beras pulut .
5- Beras pulut mestilah dikacau dengan kerap untuk elak hangus .
6- Kacau beras pulut sampailah semua santan meresap ke dalamnya .
7- Masukkan beras pulut ke dalam pengukus .
Kukus beras pulut sampai masak .
8- Apabila pulut sudah masak , keluarkan dan tuangkan ke dalam dulang besar .
Selepas itu , ratakan pulut seperti gambar di atas .
9- Potong pulut sama besar .
10- Rapikan bentuk potongan pulut menggunakan upih pinang .
Boleh juga menggunakan daun pisang .
11- Susun Pulut Yang Sudah Dirapikan di dalam talam .
12- Ambil daun palas , masukkan pulut dan bungkus sperti gambar di atas .
13- Ambil 4-5 bungkus kuih kelupis , kemudian ikat jadi satu menggunakan tali rapia .
14- Kukus kuih kelupis selama 40 hingga 60 minit .
Kuih kelupis sedap dimakan bersama kari ayam .
Facebook : Eiyjarn Aziean AnGah
0 comments